Dalam keadaan rakyat bersedih kerana kematian 3 orang anggota keselamatan, Anwar Ibrahim terus membuat jelajah fitnahnya dengan menuduh kerajaan membayar media asing untuk menuduh beliau bersubahat dengan pencerobohan Lahat Datu.
Anwar juga memfitnah kerajaan membayar media Israel untuk mendedah salahlakunya serta perjumpaannya dengan beberapa pemimpin Israel.
Menurut akhbar The Mole, Sultan Sulu Sultan Sulu Jamalul Kiram III kerana Anwar bersetuju dan berjanji untuk memberikan negeri Sabah apabila pakatan rakyat mengambilalih pemerintahan Malaysia.
Menurut perisikan Filipina pula Anwar Ibrahim kelihatan berada di Filipina bertemu dengan Nur Misuari beberapa bulan sebelum terjadinya pencerobohan Lahat Datu.
Rakyat mahu Anwar Ibrahim menjawab persoalan ini bukan menuduh pihak kerajaan memfitnahnya.
Adakah Beliau pernah berjumpa dengan Nur Misuari? Atas tujuan apa?
Benarkah Anwar berjanji dengan Sultan Sulu bahawa Sabah akan diserahkan kepada kerajaan Sulu setelah beliau menjadi Perdana Menteri?
Anwar tidak perlu mengelirukan rakyat dan dia cuma perlu jawab persoalan itu sahaja sebelum bukti didedahkan oleh perisik Tentera Filipina.
Dan baca pula dibawah ini:
Pada 16 Februari 2013, menerusi artikel "Benarkah DSAI dalang kemasukan tentera MNLF ke Lahad Datu Sabah?" Dkm telah mendedahkan bahawa kemasukan sekumpulan tentera yang mendakwa mereka sebagai Tentera Sulu ada hubung kait dengan DSAI. Fakta ini yang pada mulanya didedahkan menerusi artikel di blog Mr Kinabalu Boy yang mendedahkan bahawa kumpulan bersenjata ini dipercayai merupakan anggota MNLF yang suatu ketika dahulu di bawah pimpinan Nur Misuari.

Pendedahan terbesar menerusi blog Mr Kinabalu Boy adalah "Ketika Nur Misuari memimpin MNLF dan berjaya dilantik sebagai Gabenor di Mindanao, Anwar Ibrahim adalah TPM dan berkawan rapat dengana Joseph Estrada".
Pada 4 bulan yang lepas, Anwar telah berjumpa dengan Nur Misuari. Anwar telah meminta bantuan Nur Misuari supaya membuat sesuatu “crime” dan yang terkini menghantar kumpulan Suluk berpakaian tentera ke Lahad Datu.
Selain itu ada yang beranggapan bahawa, kemasukan Tentera Sulu ini juga adalah bertujuan untuk menganggu Prosiding RCI yang sedang berlangsung. Fakta ini nampak seakan-akan benar kerana, kumpulan penceroboh tersebut meminta agar kumpulan mereka diiktiraf sebagai Tentera Sulu yang sah dan setiap warga sulu yang berada di negeri Sabah supaya jangan dihantar semula ke negara asal.
Laporan Reuters mendedahkan bahawa, "Another Philippine military officer said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu - an island group off the southern Philippines - whohad been invited to Sabah by a Malaysia opposition politician to discuss land issues". Sehingga ke hari ini, DSAI masih membisu berhubung dengan pembabitan beliau dalam insiden pencerobohan ini.

Jika kenyataan ini diterima pakai oleh semua pihak, maka dakwaan Mr Kinabalu Boy bahawa DSAI menjadi dalang kemasukan tentera MNLF (Tentera Sulu) ini ke Sabah adalah benar. Akhbar tempatan (Daily Ekspress bertarikh 18.02.2013) mendedahkan bahawa, berdasarkan rundingan di antara pihak berkuasa tempatan dengan Tentera Sulu yang menceroboh Kg. Tanduo telah bersetuju dengan proses pengusiran mereka tetapi terlebih dahulu ingin berjumpa personaliti tertentu.
Pada peringkat awal pencerobohan Tentera Sulu, mereka dikhabarkan tidak akan meninggalkan kampung itu selagi belum berjaya berjumpa "seseorang" yang dikatakan "pemimpin" mereka yang kini berada di Sabah. Ada khabar angin mengatakan bahawa "seseorang" itu sedang sakit, atas sebab itulah "pencoroboh" seramai 100 orang yang lengkap bersenjata masuk ke Lahad Datu.
"Pencoroboh" itu dikatakan walaupun membawa senjata, namun tidak membahayakan keselamatan negara, kerana mereka tiada maksud lain. Kedatangan mereka, hanya untuk menemui seseorang itu, dan selepas itu akan meninggalkan Lahad Datu. Sumber daripada blogger Musram juga mendedahkan bahawa orang yang ingin ditemui oleh kumpulan Tentera Sulu tersebut berkemungkinan juga individu yang tersenarai sebagai penerima BAYARAN PAMPASAN KEPADA WARIS KESULTANAN SULU FILIPINA. Namun kesahihan fakta ini masih belum dapat dipastikan lagi.

Berikut beberapa pendedahan penting blogger tempatan berhubung dengan kaitan DSAI sebagai dalang kemasukan tentera sulu ke Sabah menerusi artikel beliau bertajukTentera Sulu Di Kg Tanduo Lahad Datu: Apa kah Anwar terlibat?;
PELIK juga seorang "conman" yang selalu berlegar-legar di kawasan kampung Air Kota Kinabalu, tiba-tiba mengubah penampilan. Dia tidak lagi berpakaian biasa, akan tetapi berpakaian berjenama dan sudah menggunakan jam rolex.
Jika sebelumnya, hanya minum kopi di kedai berdepan dengan mahkamah Kota Kinabalu, kini sudah lepak di Hyatt dan sudah mempunyai kereta mewah siap dengan pemandunya sekali.
Suatu masa lalu, conman inilah yang berlegar-legar menawarkan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai hubungan dengan pemimpin kerajaan terutama Perdana Menteri yang juga menteri kewangan, agar melepaskan kiriman RM3 bilion kepada Anwar yang kononnya daripada Pewaris Sultan Sulu- Sultan Jamalul Kiram. Sultan Jamalul Kiram dikatakan mempunyai simpanan US137 bilion di sebuah bank di New York Amerika.
Menurut sumber, Anwar dikatakan berjumpa secara rahsia dengan wakil kumpulan ituseminggu sebelum kejadian pencerobohan di Kg Tanduo Lahad Datu melalui perantaran conman ini. Sejauh mana kebenaran desas desus ini? tiada yang boleh mengesahkannya, namun jika dilihat daripada penampilan conman itu, sudah tentu dia menerima habuan wang yang banyak, jika tidak mana mungkin penampilan dan keadaannya tiba-tiba berubah, bagaikan seorang jutawan.
Kononnya untuk menyelesaikan pencerobohan ini, salah satunya agar wang RM3 bilion untuk Anwar itu dibenarkan untuk dicairkan.
Category:
politik
POST COMMENT
2 comments:
ORANG YANG GADAIKAN APA SAJA UTK BERKUASA.RENUNGKANLAH.
Sikap Anuwar berjumpa musuh Filipina menjadikan Anwar musuh kepada 2 negara. Anwar telah mencapuri urusan dalam negera Filipina juga.
Post a Comment