By Sungai Rapat
on
Friday, March 1, 2013
with
3 comments
Suka atau tidak penceroboh adalah musuh yang nyata dan perlu ditangkap atau terus dibunuh bagi menjaga ketenteraman rakyat Malaysia.
Ketika ini dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini hari ini.
Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.
"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.
Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.
Category:
keselamatan
,
politik Sabah
POST COMMENT
3 comments:
Bukan saja penceroboh patut dibunuh, ahli-ahli parti pembangkang yang diberitakan oleh Manila/Reuters terlibat dalam menghasut kumpulan penceroboh mesti dibawa ke muka keadilan atas tuduhan khianat (treason). Setahu saya pengkhianat negara boleh dihukum mati!!!
Ya Allah! Engkau selamatkanlah negara tercinta dan engkau laknatkanlah pengkhianat-pengkhianat negara!!!!
annuar dan tentera penceroboh hanya berani ngan kerajaan melayu je. kalau benar annuar nak tolong sultan Sulu kenapa x minta wilayah otonomi dari kerajaan Filiphina...Negara tersebut byk pulau pilih aje buat negara...ada berani?!!!!
Betul ke penceroboh ada mykad
Post a Comment