3

'Benar! beri undi kepada Pas haram' - Bekas S/U Dewan Ulama Pas

By Sungai Rapat on Friday, February 15, 2013 with 1 comment


"Memang benar, tepat, beri undi kepada Pas adalah haram."

Demikian ditegaskan bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad, ketika mengulas laporan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang mengisytiharkan memberi undi kepada Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah haram.

Wan Ismail berkata, beliau beranggapan sedemikian kerana Pas sepatutnya menentang DAP yang semakin berani menyentuh sensitiviti agama Islam terutama membabitkan perkara akidah dan bukannya terus bersekutu dengan parti tersebut.

"Walaupun dia (Pas) tidak buat perkara itu tetapi masih bersekutu, ini bererti dia telah bersubahat.

"Yang sangat jelas sekarang adalah isu penggunaan kalimah Allah. Ibarat memang kamu tidak mencuri, tapi yang kamu ikut sama pergi mencuri dengan kumpulan pencuri itu kenapa, bukankah itu maknanya kamu menyokongnya. Inilah subahat," katanya

Category: politik

POST COMMENT

1 comments:

Xpas said...
February 15, 2013 at 9:34 AM

Setuju dgn Dato' Haron Din : setuju atau menyokong kesyirikan itu syirik !
setuju atau menyokong kekufuran itu kufur !
Sedikit musykil , mengapa Dato' Haron Din masih kekal dlm PAS .

Post a Comment

Anda harus bertanggungjawab dengan komen anda, adalah lebih baik kita komen secara positif, membina dan manfaat kerana komen kita akan dibaca oleh ribuan rakyat Malaysia.