3

Setelah Diugut Meninggalkan Parti Oleh Majlis Syura Pas, Hadi akhirnya menentang Arahan DAP dan Anwar

By Sungai Rapat on Monday, January 21, 2013 with 1 comment



Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan tunduk dengan desakan DAP agar beliau mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah hanya untuk umat Islam.

Sebelum ini Hadi Awang bersetuju bersama Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang bahawa peggunaan kalimah Allah dalam bible dibenarkan tanpa merujuk kepada Majlis Syura Pas.
Hadi Awang akan mempertahankan pendirian Majlis Syura itu walaupun jelas bertentangan dengan pendirian pakatan pembangkang.

Presiden Pas itu tetap dengan pendirian serta keputusan yang telah diambil oleh Majlis Syura Ulama Pas tempoh hari berhubung isu itu.

Walaubagaimana pun Majlis Syura Ulama Pas kesal dengan sikap Hadi Awang memutuskan penggunaan kalimah Allah bersama Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang tanpa merujuk kepada Majlis Syura Ulama Pas dan hampir kesemua ahli Majlis Syura Ulama Pas akan keluar parti jika Haji Hadi tetap menurut arahan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

Category: politik

POST COMMENT

1 comments:

Anonymous said...
January 21, 2013 at 8:54 AM

"....hampir kesemua ahli Majlis Syura Ulama Pas akan keluar parti jika Haji Hadi tetap menurut arahan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang."

Hahaha semua akan jatuh talak tiga cerai isteri-isteri mereka, betulkan berita ni?
Ini Parti Ajaran Sesat, pedulikan apa yang mereka buat! Takkan berubah kandungan kitab Jinggay mereka.

Post a Comment

Anda harus bertanggungjawab dengan komen anda, adalah lebih baik kita komen secara positif, membina dan manfaat kerana komen kita akan dibaca oleh ribuan rakyat Malaysia.