Alfatihah! Seorang penyokong Pas tiba-tiba rebah ketika sedang Ceramah Pakatan Rakyat di Markas Pas Kampung Pengkalan Pegoh.
Penyokong Pas yang malang tersebut bernama Mohammad Puaad bin Ariffin tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri mungkin disebabkan sakit jantung.
Ketika itu giliran penceramah ketiga iaitu V. Sivakumar sedang berceramah mengeni isu tanah di Relai, Gua Musang yang dikatakan sengaja dibuat-buat oleh Umno, sedang isu tanah tersebut langsung tidak timbul.
Mungkin disebabkan kuat sangat V. Sivakumar memaki hamun Umno maka tiba-tiba sahaja Mohamad Puaad rebah dan terus tindak bernyawa lagi.
Ceramah itu merupakan 'road show' pakatan rakyat untuk menjawab isu tanah yang dianugerahkan oleh Nik Aziz kepada dua pemimpin cina DAP Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming sebanyak 10,526 ekar di Relai Gua Musang Kelantan.
Yang agak kurang ajarnya walaupun Mohamad Puaad rebah tidak bernyawa V. Sivakumar meneruskan ceramah memaki hamunnya tanpa mempedulikan kematian seorang penyokong Pas.
Kejadian berlaku dalam jam 11.00 malam dan sepatutnya pihak penganjur Pas Kampung Pengkalan Pegoh wajib menghentikan ceramah tersebut bagi memberi penghormatan di atas kematian penyokongnya tetapi agak malang pihak penganjur Pas Kg Pengkalan Pegoh yang diketuai oleh Ketua Cawanganya Anuar Ibrahim meneruskan ceramah tanpa mempedulikan kematian tersebut sehingga jam 12.10.
Sehinggalah tamat sesi ceramah kira-kira jam 12.10, bagaikan tiada apa yang berlaku dan penyokong Pas yang hadir mula balik dengan kelihatan kenderaan motor dan kereta yang berpusu-pusu keluar untuk pulang, langsung tidak mempedulikan rakan mereka yang telah terkorban.
Apa salahnya pihak penganjur membuat pengumuman tentang kematian dan buat tabung derma kilat untuk simati tersebut atau hasil kutipan pada malam itu diserahkan kepada waris mangsa.
Melalui maklumat dari blogger Sekupangdua Arwah berasal dari kampung Seri Aman Mengelembu. Selepas menghubungi anak menantunya, pada jam 01.00 pagi barulah warisnya datang.
Sumber disini
Category:
politik
POST COMMENT
1 comments:
ini lah manusia akhir zaman
Post a Comment